Jawab Isu: Teresa Kok, jaga parti sendiri, jangan janji melangit lagi! – Razlan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii memberi peringatan kepada Teresa Kok untuk jaga parti sendiri dan jangan janji melangit lagi.
Beliau berkata demikian bagi menyelar kenyataan pemimpin DAP itu yang mendakwa ‘pemburuan buaya bahagian dua’ akan dilakukan sebagai serangan terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya mengikuti apa yang dikatakan oleh Teresa Kok untuk ‘memancung berjemaah’ kerana kononnya UMNO-BN telah membuang ramai calon-calon yang berjawatan menteri.
“Saya nak beritahu pada Teresa Kok, Lim Guan Eng adalah kes rasuah yang betul, kes rasuah Syed Saddiq adalah kes rasuah yang betul dan banyak lagi kes rasuah melibatkan serta dibicarakan untuk pemimpin DAP-PH.
“Ada juga daripada mereka yang didapati bersalah merogol amah dan itu adalah daripada pemimpin DAP,” kata Razlan kepada BN Comms hari ini.
Tegas Razlan, Teresa Kok sengaja mahu menunding jari memburukkan parti UMNO-BN sedangkan hari ini telah terbukti kes berkaitan Rafizi, Lim Guan Eng telah digugurkan ketika mereka berkuasa menjadi Kerajaan.
Sekiranya Teresa Kok bermatian berjuang untuk menghapuskan rasuah dalam politik negara, beliau juga boleh membangkitkan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin PH-DAP namun beliau tidak berbuat sedekimian.
Menjawab isu kononnya UMNO-BN memancung calon lain, Razlan menjelaskan pemilihan yang dilakukan adalah berdasarkan kritetia yang ditetapkan.
“Itu maksudnya BN tetap membudayakan untuk melihat kepada WALI untuk rakyat memilih calon-calon ini sebagai Ahli Parlimen.
“DAP pula kita lihat semua calon yang kitar semula seperti mereka gugurkan Sivarasa,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menekankan BN pada hari ini tetap mengamalkan budaya murni untuk membawa pembangunan dalam negara demi kestabilan dan kemakmuran.