Lim Guan Eng dan DAP berpura-pura tidak rasis
Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan Lim Guan Eng dan DAP berpura-pura tidak rasis.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Guan Eng membandingkan Malaysia dan Britain yang memilih Perdana Menteri (PM) berketurunan India manakala Malaysia hanya memilih Melayu sebagai PM.
“PRU14, DAP menang lebih kerusi daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan tetapi bersetuju tunduk kepada Bersatu dengan menyokong Tun Mahathir sebagai PM.
“Ini walaupun Bersatu mempunyai bilangan kerusi yang paling kecil berbanding DAP. Alasannya masa itu kerana DAP tidak rasis.
“Mengapa Rishi Sunak jadi PM Britain? Kerana dia dipilih pemimpin parti konservatif yang mempunyai majoriti dalam House of Commons. Itu amalan biasa politik,” katanya Shahrir dalam satu hantaran facebook.
Dalam masa yang sama, Shahrir menekankan keputusan pemimpin DAP untuk meletakan wakil parti komponen PH yang berbangsa Melayu sebagai PM adalah hal yang luar biasa kerana Bersatu lagi kecil bilangan rakyat berbanding DAP.
Oleh kerana itu, mereka menggunakan orang Melayu untuk membunuh UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti mana mereka lakukan kepada Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yassin.
“DAP boleh selesaikan anytime, bukan setakat MCA, Gerakan dan MIC. Sekarang puji orang putih pula. Di sana pun ada mangosteen – kulit je gelap, dalam putih melepak. Tetap ‘orang putih’!
“Sekarang puji orang putih pula. Di sana pun ada mangosteen – kulit je gelap, dalam putih melepak. Tetap ‘orang putih’!” ujar Shahrir
Tambah Shahrir lagi, Guan Eng dan DAP hanyalah kepura-puraan multi racial tapi sebenarnya rasis.