Manifesto PN hanya janji manis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan rakyat agar tidak tertipu dengan janji manis manifesto ditawarkan Perikatan Nasional (PN).
“Saya tak nak komen banyak manifesto itu aku janji, tetapi masa mereka sezaman dengan kerajaan 22 bulan lepas PRU14 sebahagian daripada mereka berada dalam kerajaan yang sama tak ada tunai pula manifesto.
“Hendak janji semua orang boleh janji. BN sejak Merdeka sampai sekarang apa kita janji kita buat. Macam negeri Johor tujuh bulan kita perintah kerajaan negeri kita berjaya, kita janji kita buat.
“Pengundi jangan tertipu dengan janji manis. Kita ukur dari segi pembanguan yang dibawa kejayaan yang diberi. Saya di Pengerang semua kejayaan adalah dari kerajaan BN.
“Harapan saya warga Pengerang dan rakat Johor agar memahami bahawa di sini letakkan kerajaan yang boleh membawa kestabilan untuk bawa lebih banyak kemakmuran,“ katanya.
Beliau yang juga calon BN Parlimen Pengerang berkata demikian selepas mengadakan lawatan di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) Mas Timur di Felda Papan Timur, Kota Tinggi hari ini.