Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tiada arah tujuan apabila Pas dan Bersatu bercanggah pendapat.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mempertikaikan keadaan PN yang tiada arah tujuan dalam menentukan sesuatu perkara yang penting sedangkan PN bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, penggunaan logo berbeza oleh parti komponen PN itu jelas menunjukkan strategi mereka yang masih bercelaru dan tidak sependapat.

“Apa hal pula dengan ahli Bersatu yang pakai lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Kalau Pas bergaduh pula dengan PN selepas PRU ini, mana nak tahu dengan Pas ni, apa kedudukan calon-calon Bersatu yang guna lambang Pas?

“Kalau balik bersama dengan Bersatu, dah jadi ‘katak politik’ dan kerusi kena dikosongkan bawah Akta Anti-Lompat Parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Mengulas lanjut, beliau juga menyatakan sekiranya PN mentadbir negara selepas PRU15 maka negara juga akan bercelaru disebabkan parti komponen tidak sependapat dalam menentukan hala tuju.