Pakatan Harapan layak dapat gelaran juara penipu

Setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), seperti kelaziman Pakatan Harapan (PH) akan muncul dengan fitnah-fitnah mereka terhadap Barisan Nasional (BN).
Jika disingkap pada PRU12 dan PRU13 misalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjelajah seluruh pelusuk negara semata-mata untuk menjaja isu pengundi hantu yang kononnya didalangi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu.
Anwar mendakwa, JPM terlibat dalam aktiviti menyeludup 40,000 pengundi hantu termasuklah beberapa siri ‘pendedahan’ yang dibuat oleh konco-konco Anwar kononnya beberapa buah bas ekspres yang membawa pengundi hantu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur (KLIA) ke destinasi-destinasi tertentu.
Ironinya, ketika PH mentadbir kerajaan termasuklah agensi-agensi penguatkuasa di bawah pentadbiran mereka, sehingga kini tiada seorang pun pengundi hantu yang berjaya dikesan oleh kerajaan PH tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan.
Persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya di dalam PH, adakah kumpulan pengundi hantu ini mereka gunakan untuk menjadi pengundi mereka pada PRU15?
Ketika PH memerintah negara selama 22 bulan, rakyat ketika itu tertanya-tanya status berkenaan pengundi hantu yang galak didedahkan oleh PH malah, 40,000 pengundi hantu dalam pendedahan Anwar Ibrahim sebelum ini juga seolah-olah sudah masuk ke alam ghaib tanpa sebarang jejak.
Justeru, rentetan daripada siri ‘pendedahan’ pengundi hantu yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan PH ini tidak lebih daripada sekadar fitnah dan propaganda untuk memburukkan Barisan Nasional di mata rakyat Malaysia.
Hari ini, meskipun hanya satu tahun memerintah negara, Barisan Nasional telah berjaya merakyatkan semula ekonomi negara, sudah mula membina momentum ekonomi sama ada dalam bentuk mikro dan makro.
Namun, seperti kelaziman dan juga tugas hakiki PH, amalan memfitnah mereka terus berjalan tanpa henti ditambah lagi dengan kemunculan semula panglima fitnah mereka, Rafizi Ramli yang tampil dengan formula fitnah terkini beliau yang seluruh rakyat Malaysia tahu ketika zaman kerajaan PH yang penuh dengan korupsi beliau senyap tanpa kata.