Pemuda UMNO bawa isu ekonomi rakyat kedepan

Menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemua UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mewakili rakyat telah menyuarakan isu ekonomi rakyat kepada pihak yang berkaitan bagi tindakan selanjutnya.
Antara isu yang disuarakan termasuklah kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), cadangan bajet dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bersasar.
“KWSP bersasar untuk golongan yang amat terkesan dengan masalah kewangan meruncing akibat kesan in‑asi dan krisis ekonomi yang belum pulih sepenuhnya pasca Pandemik.
“Saya turut berkongsi dapatan daripada aduan lebih 226,996 pencarum yang buat aduan rasmi kepada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat,” jelas Asyraf dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya.
Bagi isu KWSP, Asyraf menyatakan ulasan daripada Menteri adalah Kerajaan telahpun memperhalusinya khususnya mengambil kira isu-isu yang berbangkit sebelum ini setelah menunaikan permintaan pengeluaran KWSP kali terakhir.
Hal ini kerana, jelas Menteri juga Kerajaan berpegang pada tanggungjawab untuk membantu golongan yang terkesan teruk dan mengeluarkan duit simpanan hari tua mereka secara berterusan bukan inisiatif berkesan.
“Yang ketiga ialah pendekatan bukan konvensional selain menaikkan OPR untuk menangani in‑asi dan menarik pelabur.
“Ulasan Menteri: Beliau bersetuju bahkan ramai pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat untuk melabur kembali selepas PRU-15,” tambah Asyraf lagi.
Dalam masa yang sama, Asyraf menzahirkan rasa penghargaan kepada Tengku Zafrul kerana meluangkan masa lebih satu jam setengah demi mendengar luahan rakyat yang disampaikan kepada Pemuda UMNO.