Pendapat: Agama dipermainkan, Rasulullah dihina ketika di bawah pentadbiran PH
Jangan kita lupa setiap kisah dalam lipatan peristiwa yang dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP sehingga mencabar kesucian agama Islam serta mengganggu ketenteraman dalam negara.
Mari kita selak satu persatu peristiwa hitam ketika PH mentadbir negara dimana mereka pernah menganjurkan satu ‘Ekspo Tatoo Malaysia 2019’ dan menampilkan model tatoo separuh bogel sekali gus menimbulkan persoalan ramai pihak bagaimana ekspo tersebut boleh diluluskan.
Siapa yang tidak kenal dengan Lim Kit Siang, penasihat DAP yang mempermainkan nama suci Allah ketika negara sedang dilanda krisis kesihatan dan ekonomi.
Kit Siang mempertikaikan pembentukan orang Islam dan menggelar ‘Kerajaan Islam’ serta mengaitkan kelemahan ekonomi yang berlaku dalam negara.
Tidak cukup dengan itu, PH berani mempertikaikan status agama yang tertera di setiap kad pengenalan mereka yang beragama Islam.
Cadangan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Michael Teo Yu Keng yang telah mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan kerana kononnya menghalang perpaduan dalam negara berlaku disebabkan individu diberikan identiti mengikut agama dan bukan identiti nasional.
Tindakan ahli DAP yang mempertikaikan ketetapan Kerajaan Pahang mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda di premis perniagaan telah mencabar kesabaran orang Islam.
Beliau berani memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan agar menyemak semula arahan tersebut atau kata lain tidak mahu ajaran berasaskan Islam merebak luas.
Selain itu, kemuncak api kemarahan orang Islam berlaku apabila Nabi Muhammad S.A.W dihina, diperlekehkan sewenangnya ketika negara di bawah pentadbiran PH.
Seorang wanita cina dengan berani memuat naik gambar karikatur Rasullah S.A.W dengan gambaran yang melampau tanpa mengira sentimen kesucian yang ada pada setiap agama.
Jika mahu disenaraikan, terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang PH memerintah negara yang mencabar kemakmuran dalam negara.
Himpunan komunis Dong Zong, bendera jalur gemilang dipasang terbalik, lima bucu bintang di bendera jalur gemilang, DAP menjulang pengganas LTTE, kaum liberal menggesa meminda perlembagaan untuk murtad, membenarkan hak berkhalwat kononnya hak pensendirian dan banyak lagi.
Mungkin ada yang masih tidak tahu khususnya golongan pertama kali mengundi berumur 18 tahun kenapa PH dan rakan sekutunya harus ditolak daripada mentadbir negara.
Namun bagi mereka yang tahu adalah mereka yang pastinya menginginkan kestabilan serta kemakmuran dalam negara.
Cukuplah sekali agama Islam dihina, cukuplah sekali kemakmuran dalam negara diganggu-gugat, cukuplah sekali rakyat Malaysia ditanam dengan harapan yang palsu.
Pastikan mimpi ngeri ini tidak berlaku lagi dalam negara.
Buang harapan, tanamkan tekad untuk memilih kestabilan dan kemakmuran demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.