Cuti umum yang dijanjikan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto mereka tidak menjaminkan apa-apa kepada negara sekiranya mereka diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Janji kononnya dua hari cuti akan diberikan bagi memudahkan orang ramai yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi hanyalah retorik semata-mata.

Namun hakikatnya janganlah disebabkan janji cuti dua hari akan memusnahkan hidup sehingga sehingga lima tahun!

Inilah yang dicanangkan dalam manifesto Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun rakyat tidak lagi mudah tertipu, mereka tidak mahu lagi ucapan atau janji yang manis namun apa yang rakyat mahukan adalah satu perubahan yang jauh lebih baik berbanding apa yang berlaku selepas PRU14.

Jika sekadar berjanji, semua orang boleh berjanji tetapi setakat mana janji itu boleh membawa Malaysia ke arah pembaharuan. Cukuplah pengalaman ngeri selama 22 bulan!

Jelas menunjukkan, PN ingin mentadbir negara berlandaskan dendam sehingga sanggup mengibaratkan rakyat seperti kanak-kanak yang boleh digula-gulakan dengan cuti umum dua hari sedangkan apa yang rakyat mahukan adalah pentadbiran telus dalam negara.

Alasan 17 bulan kononnya tidak cukup membawa perubahan dalam negara tidak boleh diterima akal kerana apabila mereka sendiri melaungkan mereka ingin menjadi kerajaan hingga menjanjikan bulan dan bintang, maka itu bermakna mereka sudah bersedia dengan pelbagai langkah perubahan.

Namun apa yang berlaku, alasan demi alasan yang diberikan.

Menghasut rakyat kononnya kerajaan terdahulu yang dipegang oleh Barisan Nasional (BN) menjadi punca ketidaksabilan dalam negara.

Namun harus ingat, Rakyat sudah bijak memilih.

BN menjanjikan kestabilan dan kemakmuran dan bukan dua hari cuti umum yang hanya dapat dinikmati selama dua hari sahaja namun apa yang rakyat perlu tanggung, hingga lima tahun!