Pendapat: Jangan jadi bodoh kali kedua, cukuplah sekali!
19 November 2022 yang tinggal 3 hari lagi bakal menyaksikan pertembungan beberapa parti besar dalam negara bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.
Sudah pasti ia saat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat serta pemain industri dalam memastikan ekonomi negara pulih dan terus meningkat.
Sehubungan itu, semua pengundi diingatkan untuk tidak jadi bodoh buat kali kedua.
Cukup-cukuplah Pakatan Harapan (PH) kencing rakyat Malaysia pada PRU14 yang lalu.
Malah dalam PKR ada dua orang yang suka sangat bercakap sehingga terlupa apa yang mereka cakap sebelum ini membuatkan mereka terjerut balik dengan kata-kata mereka.
Inilah padahnya kalau terlampau banyak sangat bercakap. Malah lebih kelakar apabila dua orang ini tak berbincang terlebih dahulu sebelum bercakap.
Pada 31 Oktober salah seorang kata partinya boleh dapat 100 kerusi Parlimen kemudian 6 hari selepas itu, pada 5 November 2022 timbalannya pula berkata PH boleh menang 80 sahaja.
Dasyat dalam masa 6 hari sahaja PH dah hilang dekat 20 kerusi.
Dan hari ini 16 November kedua-duanya tutup mulut tak berani bercakap berapa kerusi boleh menang.
Dan apabila tersebar maklumat palsu daripada Ilham Center, mereka terpaksa buat penafian laporan tersebut.
Kemudian timbul pula kenyataan daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meskipun ditegur Tan Sri Muhyiddin, dia tetap bersuara hendak bergabung dengan Barisan Nasional.
Mungkinkah Takiyuddin ada maklumat siapa yang paling kuat dalam PRU15 kali ini.
Adakah disebabkan itu, walau sehelai bendera PKR tidak langsung kelihatan dikibarkan, dipamerkan atau digantung semasa PRU15 kali ini.
Mungkin kah ini tandanya jenama itu sudah tidak laku, orang sudah jelik dan menyampah dengan logo itu.
Ia kerana di dalam fikiran rakyat, mereka sudah tahu hendak undi siapa.
Takiyuddin pun tahu siapa yang akan dapat banyak kerusi kali ini.
Jadi pengundi sekali lagi diingatkan jangan jadi bodoh untuk kali kedua!!!