Masih segar diingatan ketika Malaysia di bawah pentadibran Perikatan Nasional (PN), banyak aspirasi rakyat yang gagal dipenuhi terutamanya berkaitan krisis pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi.

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab segala krisis yang berlaku sepanjang beliau memimpin negara.

Jika masih ada yang belum mengetahui, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang berjiwa besar menandatangani surat yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon PM atas dasar kepercayaan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

Namun kepercayaan yang diberikan ternyata tidak berbaloi apabila Muhyiddin bertindak ‘menikam belakang’ dan cuba ‘membunuh’ UMNO-Barisan Nasional (BN) apabila beliau sudah mula berkuasa.

Parti Bersatu yang diwakili oleh beliau sendiri sememangnya ditubuhkan untuk menjatuhkan seterusnya menggantikan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu.

Muhyiddin juga tidak menggunakan kuasa yang diberikan dengan sebaiknya untuk mentadbir, namun meneruskan niat jahat untuk menjatuhkan UMNO sekali gus menyebabkan PN digelar sebagai kerajaan yang gagal kerana tidak dapat mentadbir negara dengan baik.

Bahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui sebagai individu yang sering berjumpa dengan Muhyiddin dan mencadangkan pelbagai penyelesaian namun tidak diendah.

Hal itu boleh disaksikan ketika PN menjadi kerajaan yang kerap kali berubah berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bukan sahaja mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat malah ‘frontliners’ juga turut terkesan.

Begitu juga dengan layanan dwi-standard di mana PN membezakan anggota pentabiran mereka yang seolah-olah kebal dan terkecuali daripada mengikut SOP sekaligus mengundang kemarahan rakyat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar daripada kerajaan PN tidak terkecuali daripada memarakkan api kemarahan rakyat apabila beliau diberi cuti sehingga 55 hari untuk ke luar negara atas alasan kononnya menziarahi ahli keluarga sedangkan rakyat yang hanya ingin merentas negeri untuk menziarahi ibu bapa dikenakan sekatan bahkan ada juga yang telah didenda.

Cukuplah sekali rakyat merasakan penderitaan di bawah pentadbiran PN.

Kerajaan yang dibentuk berasaskan dendam, atas dasar ingin menjatuhkan UMNO.

Rakyat dan negara menjadi mangsa demi melunas dendam yang tidak tertunai.

Seorang ‘abah’ tidak akan tergamak mempertaruhkan rakyat dan negara hanya kerana dendam yang telah tertanam dalam diri.

Jika dahulu UMNO perlu berhati-hati dengan Pakatan Harapan (PH), tapi kini UMNO harus lebih berwaspada dengan PN kerana mereka yang dianggap rakan sebelum ini, bertindak menggunakan pelbagai helah demi melemahkan UMNO.