Keyakinan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa partinya telah meraih undi penuh masyarakat Melayu seluruh negara menjadi bahan jenaka semua pihak.

Menurut Muhyiddin, trend itu terus meningkat sehingga 80 peratus dan ia memberikan peluang cerah kepada PN untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) langsung tidak logik.

Hakikatnya sepanjang beliau mentadbir negara ketika itu rakyat porak peranda.

Pelbagai isu dan keluhan rakyat yang timbul dek kerana kegagalannya mengurus isu Covid-19 dan kos sara hidup rakyat yang meningkat.

12,784 nyawa maut, 1.42 juta kes jangkitan dan 249,277 kes aktif sebelum dia terpaksa meletak jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa gagalnya Muhyiddin dalam menangani krisis Covid-19 yang melanda negara ketika itu.

Tambahan Ordinan Darurat yang digunakan hanya untuk kepentingan politik parti yang dilihat lebih banyak membebankan rakyat dengan pelbagai kompaun bersifat dwi-standard dan melampau sedangkan rakyat terbeban dengan isu kelangsungan hidup.

Disebabkan pemerintahan PN yang diterajui Muhyiddin, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga ‘memandulkan’ segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela.