Baru baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan keupayaan wanita untuk menjadi Ahli Parlimen Sik dalam sesi ceramahnya sehingga mendapat kecaman daripada pelbagai pihak terutamanya di media sosial.

Sanusi yang mempertahankan kenyataannya kononnya mengikut dialek dan konteks Sik sendiri tetap tidak dapat diterima oleh semua pihak terutamanya golongan wanita.

Ini kerana penjelasan Sanusi sendiri tidak masuk akal, bagaimana seorang pemimpin, seorang wakil rakyat mampu mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan seorang wanita.

Hakikatnya banyak lagi isu lain yang boleh diulas contohnya bagaimana partinya akan memajukan Sik tanpa memperlekehkan mana-mana gender.

Kenyataan berbaur seksis dari Sanusi itu juga seolah-olah mempertikaikan keupayaan kepimpinan wanita yang kita tahu kini tidak lagi relevan dalam landskap politik sekarang.

Setiap parti ada sayap wanita, ini bermaksud wanita juga penting dalam menyuarakan dan perjuangkan hak-hak mereka.

Kita boleh lihat sendiri, penubuhan Wanita UMNO yang telah berusaha untuk mewujudkan lebih ramai pemimpin dan bakal-bakal pemimpin dikalangan wanita Melayu di semua peringkat.

Sentimen wanita tidak ada keupayaan untuk menjadi pemimpin sepatutnya dihakis, tambahan pula ia datang daripada pemimpin parti Islam.

Suara setiap akar umbi mesti diutamakan dan ini termasuklah dari wanita.

Kenyataan berbaur seksis dari Sanusi seolah menunjukkan mereka tidak ada kuasa lebih dari lelaki di dalam parti mahupun kerajaan.