Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh gabungan itu bukanlah satu perkara baharu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO dan BN sudah tahu parti itu adalah musuh PN walaupun Muhyiddin tidak mengisytiharkannya.

BACA JUGA
Muhyiddin kata lain, Pas kata lain – Puad Zarkashi
MB Kedah perlu hormat raja, berhenti bersikap kebudakan
“Justeru dalam keadaan apa pun UMNO, BN akan memastikan BN menjadi dominan serta mempertahan semula semua kerusi yang dimenangi semasa PRU14.

“Pastinya kerusi milik BN yang dicuri oleh BERSATU akan diambil semula,” katanya.

Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-6 parti itu, mengingatkan bahawa BN adalah musuh utama PN yang perlu dilawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pendirian PAS yang menjelaskan musuh parti itu dalam PRU15 adalah PH, bukannya UMNO.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, menegaskan kehadiran MN menakutkan PH untuk berhadapan PRU15 kerana sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen bakal hilang dan kembali kepada UMNO atau PAS menerusi MN.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN. Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali.

“Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan. Percikan api pertembungan antara PAS dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka sudah bertembung selama 45 tahun sejak 1978,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS dan UMNO supaya berhati-hati dengan agenda perpecahan itu.