‘Saya menyokong penuh perubahan dibawa Presiden dalam PRU15’ – Nur Jazlan
Menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedengaran pelbagai cakap-cakap yang singgah dari telinga ke telinga sehingga menjadikan sesuatu isu itu hanya sekadar khabar angin yang tidak benar.
Susulan perubahan yang dibawa oleh Presiden UMNO dalam PRU15, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meletakkan 70 peratus muka baharu dan anak muda, wartawan BN Comms mendapatkan reaksi beberapa ahli pimpinan UMNO mengenai perubahan tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan sokongan penuhnya terhadap pembaharuan yang dibawa oleh Presiden demi kebaikan parti.
“Saya menyahut cabaran dan saranan dari Presiden parti kerana parti ini perlu ada pelapis untuk memenuhi kesinambungan yang seterusnya.
“Pada waktu yang sama, perlu juga ada lapisan orang-orang lama yang boleh membantu dan memberi panduan kepada muka-muka baharu untuk membawa parti ke arah yang lebih baik,” kata Jazlan ketika ditemubual BN Comms, hari ini.
Jazlan menekankan, beliau akan menyokong penuh perubahan yang dibawa oleh Presiden.