Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Adam menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam setiap kerusi Parlimen yang ditandingi termasuk di Semenanjung dan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, tidak mustahil untuk BN mendapatkan lebih 138 kerusi seperti kerjasama terakhir sebelum ini yang mendapat 2/3 dan ianya jelas kukuh.

“Lihat sahaja parti Pas. Kita dah pujuk dan berunding bersama supaya, ukhwah Islamiah antara Pas dan UMNO terjalin serta akar umbi dah ramai yang ingin bersama Muafakat Nasional.

“Kalau mereka bersama dengan Perikatan Nasional mungkin Pas tidak akan menang di Kota Bharu,” katanya dalam Bicara Nasional malam tadi.

Di samping itu, beliau menegaskan ‘Top-Gun’ Perikatan Nasional (PN) akan kecundang berikutan percanggahan pendapat antara sekutu mereka iaitu Pas.

Ia dapat dilihat apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan parti mereka akan bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15, namun dinafikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Takiyuddin kata kita akan berkerjasama dgn UMNO lepas PRU15, tetapi Muhyiddin kata bila beliau bagi mandat kepada Takiyuddin untuk bagi kenyataan macam itu.

“Takiyuddin menjawab yang ingin kerjasama bukan Perikatan Nasional malah Pas yang ingin bersama UMNO. Mereka dah tahu nasib yang akan menimpa PN.

“Kalau kita lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa konvoi beliau semua dari luar dan bukan dari kawasan yang beliau bertanding untuk menyokong ceramah dan program politik Anwar,” tambahnya lagi.

Ujarnya ia jelas menunjukkan strategi Anwar memberi peluang kepada BN untuk menang dalam PRU15 kelak.