UMNO bersama BN akan terus bergerak solo – Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendirian teguh UMNO dan BN akan terus bergerak solo tanpa Pas, selepas parti itu memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN).
“Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.
“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Sehubungan itu katanya, UMNO dan BN akan kekalkan imej yang berpaksikan keserdahanaan dan mampu tawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.